Cari Blog Ini

Khamis, 25 Mac 2010

Tugasan 5

Extension
Extension fail / dokumen adalah sebuah laman web yang merupakan satu rangkaian untuk menyambung ke laman-laman web yang lain dan format fail yang berbeza sertan bagaimana mereka berkaitan dengan ekstensi file pada Microsoft Windows platform. http://www.ittar.com http (Hypertext Transfer Protocol) atau Protokol Pemindahan Hiperteks adalah protokol yang mengendalikan pemindahan data atau maklumat dari satu komputer ke komputer yang lain dalam bentuk hiperteks. www (World Wide Web) adalah Jaring Sedunia yang merupakan rangkaian yang bersambung secara global. Laman disambung antara satu sama lain dengan hiperteks yang membolehkan anda bergerak dari satu laman ke laman yang lain dan laman tersebut menggabungkan teks, grafik, bunyi, animasi dan unsur multimedia yang lain. Ittar merupakan hos yang digunakan yang melambangkan organisasi ITTAR. Com menunjukkan sebuah laman commercial Di bawah menunjukkan beberapa domain yang biasa digunakan : com – commercial edu – education gov – goverment mil – military net – network org – organization Terdapat juga domain yang digunakan untuk pengenalan negara : uk – United Kingdom ca – Kanada my – Malaysia Fr – Perancis Untuk mengenali jenis fail/ dokumen, berikut adalah beberapa contoh "extension" yang sering digunakan: .jpg .png .bmp .gif = imej (fail gambar) .exe = fail yang boleh di“run” .mp3 .wma .wav = fail audio .avi = fail video Terdapat beberapa alamat Internet (lokasi) yang boleh membantu anda memperolehi fail yang dicari untuk dipindah terima contoh http://www.download.com atau http://www.hotfiles.com Apabila anda menghantar maklumat melalui Internet , pertama sekali maklumat itu akan dipecahkan kepada paket-paket kecil dan tugas ini dilakukan TCP. Paket-paket ini akan dihantar dari komputer anda ke rangkaian setempat, pembekal khidmat Internet atau perkhidmatan dalam talian. Pelbagai perkakasan memproses paket direkabentuk untuk itu dan menghalakannya ke destinasi yang betul. Lima perkakasan yang penting adalah : Get-laluan (Getway) Get-laluan (Getway) - Perkakasan yang berperanan sebagai penterjemah data dari satu jenis rangkaian ke jenis rangkaian yang lain. (LAN membezakan data daripada LAN yang lain). Hab (Hub) - Perkakasan ini menghubungkan rangkaian komputer dan membolehkan rangkaian komputer berkomunikasi antara satu sama lain. Titi (Bridge) - Perkakasan menghubungkan rangkaian kawasan setempat (LAN) dengan LAN yang lain. Pengulang (Repeater) – Perkakasan untuk menguatkan data dari semasa ke semasa supaya isyaratnya tidak terus lemah kerana data biasanya terpaksa menempuh satu jarak perjalanan yang jauh. Penghala (Router) - Perkakasan yang memainkan peranan mengendalikan lalu lintas Internet dan memastikan paket-paket sampai ke destinasi yang betul. ISP (Internet Service Provider) ISP atau Pembekal Perkhidmatan Internet adalah sebuah badan yang mengawal dan menyediakan perkhidmatan Internet . Dalam sesebuah negara mungkin terdapat lebih daripada satu penyedia perkhidmatan Internet contohnya di Amerika Syarikat terdapat 9 syarikat yang mengendalikannya. Di Malaysia terdapat 2 syarikat yang mengendalikan perkhidmatan Internet iaitu JARING (Joint Advanced Research Integrated Networking) yang diusahakan oleh MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronics System) dan TMNet yang diusahakan oleh Telekom Malaysia Berhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan